Friday, December 10, 2010

result gempak hanya membuat hati riak

dulu2 aku berpendapat bahawa jika ada orang yang ber'result' gempak,pasti soalan dia tidak-begitu-berkualiti.mana tak nye...sekor2 member aku tanya semua result gempak tahap gaban tak hingat. err..mereka itu terdiri daripada kos2 yang pelbagai.bukan budak kos aku.kalau kos aku..harem...oku kudung jari 8 pon boley kira.

tapi hari ini hari bersejarah.pagi2 lagi abang aku kecah suruh aku bangun untuk tengok emel.oh,uitm sekarang dah upgrade sikit.mungkin si sahul dah pening sebab tiap2 kali nak keluar result,pasti jem di student portal.mengalahkan jem orang nak tengok rosmah menari poco-poco dengan najib. jadi pihak berwajib uitm telah menukar sistem dengan menghantar result exam melalui emel.bagus jugak uitm ni.

jadi keputusannya aku dapat dean list sem lepas.first time siot ni dalam sejarah uitm.boleh la kan dean list ke canselor list ke sahul list ke sebab sem lepas banyak praktikal dan klinikal je.writing paper hanya 2 sahaja.tapi walaubagaimanapun tahniah untuk diri sendiri.aku tau semua orang gembira tapi kepada anda semua walaupon kau sedang ketawa keseronokan macam harem,ingatlah pasti ada orang yang sedang sedih.

kenapa aku cakap cenggini??

why?

porkey?

sebab aku pernah berada dibawah satu ketika dulu.dan aku rasa down bila orang bincang pasal result yang melangit depan aku.lagi2 kalau ada mulut2 longkang yang cakap "alaa...aku dapat 3.55 je"...ok,tang 3.55 tu aku tak kesah.tapi tang perkataan "je" tu..watta??

siapa sangka siapa tahu naik turun kita semua..

tahniah uoolllz!

1 comment: