Friday, May 28, 2010

itu dia

aku sedang chat di fb dengan bekas-pakwe-tak-jadi-aku atau nama singkatan dia LOSER!

nampak tenang tak aku?kalau gadis lain mesti dah nangis2 tak nak reply kalau ex dorang call or watsoever.tapi aku malas nak emosi.layan je la.modal dia mesti nak tanya pasal mata dia yang rabun.so cliche(lantak ko la kalau 1 hari ko terbaca blog ni)

boley blah..tetiba nak ajak aku tengok cite shrek kan.ceit podah~

sudah la...malam ni aku nak try carik jodoh kat cite pencarian imam muda.lebih tenang jiwa batangkali barangkali.

Sunday, May 23, 2010

kutuk mengutuk

aku selalu kutuk orang yang buat status kat facebook "minggu ni sangat banyak kerja.tension"...
tak pon bunyi cenggini "esok exam,kena hantar lab report lagi,tesis lagi..arghh"

tapi aku still nak cakap cenggitu sekarang..aku bizi praktikal sampai tak sempat nak buat entry baru!

Monday, May 17, 2010

praktikal itu penat

ok...nampak macam orang bizi tak dengan tajuk entry cenggini?
perfectly yes!...aku penat tahan ngantuk masa praktikal kat shop tadi.bukan apa,hari ni customer yang datang nak cek mata hanya seorang.yang lain2 hanya singgah nak tengok2 sahaja.penat ok tahan mengantuk.habis semua majalah kat situ aku dah habis baca.



tapi tak pa,bos aku ni jenis peramah.kami bertukar2 biodata.gamaknya macam time sekolah2 rendah dulu main tukar2 buku.dari tempat aku lahir sampai ke status sekarang habis disembangkan.bukan setakat tu, rumah aku yang baru pasang wireless tmnet pon habis aku ceritakan.takde kaitan kan dengan praktikal?tapi takpa.sebelum tu beliau ajar la jugak selok belok optometrist ni.kira banyak jugak input yang aku dapat.


oohh..aku lagi satu point yang paling best dan merupakan alasan kukuh nak cakap bos aku best.beliau belanja aku minum petang sambil aku memakai contact lens warna hijau yang dihadiahkan olehnya.time syok2 minum dalam shop tu,hujan pulak.memang rase cam orang putih sesat yang minum teh ais tatkala hujan sambil cover ayu makan karipap.


cukup je pukul 6 abang aku dah lalu depan shop nak jemput aku balik.then terasa macam bini menteri pulak nak dijemput bagai.who cares?

esok harap2 sale up sikit.bukan apa..skill aku yang masih excellent ni kalau tak guna lama2 berkarat jugak.haha

Friday, May 14, 2010

tak da rezeki

pix_middle

Piala Thomas: Malaysia tewas 0-3 kepada China


dah tak da rezeki nak buat macam mana?
esok tengok je la komen kat ulasan sukan di berita utama kat tv. mesti kaw2 kena kutuk punya.
biasa lah..kalau menang puji melambung-lambung sampai langit ke tujuh, kalau kalah sampai ke kubur ungkit...haha..manusia2~

makan

newcrip.JPGDouble Spicy Chicken McDeluxe

malam tadi aku mimpi makan besda2 best macam gambarajah diatas.mimpi sampai terbangun ok..

lantas aku pun ke dapur dengan harapan ada la makanan macam dalam mimpi aku tu.

bukak je tudung saji tengok KOSONG! tapi ada seekor cicak yang kecemasan kat dalam tu.sapa la punya kerje pandai kurung cicak dalam tudung saji ni. nasib baik ko cicak kalau ayam dah lama aku buat gulai cili padi.

jadi...

perut aku yang nyanyi dondang sayang ni sapa nak jawab??

last2 masak megi je la jawabnya.baru la bujang iye dak?syahdu...syahdu...

Thursday, May 13, 2010

Malaysia vs Las Vegas???



cerita ni agak lama sudah tapi disebabkan kekangan masa(ceewah) maka baru aku berpeluang bercerita di sini. malas nak cerita panjang.TENGOK SINI

ha..amacam?ada yang naik kadar kolesterol sekarang??


"jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. "

WOHHAAA...then lepas dah kasi laluan haram youall nak kasi rakyat pulak makan duit haram tersebut.kamon la weyhh.

then aku godek-godek internet dan terjumpa kenyataan ini:

"Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura."

aku bukan nak kondem sapa-sapa tapi sebagai orang Islam aku rasa terpukul (demmit!) dengan kenyataan sebegini rupa.dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. so SARCASTIC!
jadi sekarang aku tengok kes buang bayi semakin berleluasa..so mengapa tak keluarkan lesen-halal-bersetubuh-sebelum-kahwin!




Monday, May 10, 2010

berbulu


agak berbulu disini.saje aku upload gambar ni kecik!ciss bedebah si otak biru...

Friday, May 7, 2010

mari berwayang







ni la antara movie2 yang telah ditonton sempena meraikan hari exam yang telah berlalu.memang kuno ok,movie ni semua dah berabad keluar kat wayang.ada lagi sebenarnya..tapi tak bagus untuk tuntunan umum.seyes bukan aku yang nak tengok cerita2 bukan tuntunan umum tu.betul kata orang, rakan sebaya banyak memberi pengaruh.

tapi antara banyak2 movie kat atas ni, vantage point paling best!
kasi angkat jari kaki...

yang paling tak best ialah iron man.kuasa buatan sendiri.haha..sangat terdesak betol si iron man ni.tak best...tak best..camne member2 aku tergila2 nak tengok iron man 2.lantak ko la.

bourne ultimate pon best.tapi aku tak tengok yang first dengan second punya movie.jadi agak haru biru la nak paham cite ni.

G.I. Joe tak paham sangat sebab menonton movie tersebut sambil mengumpat dengan rakan2.

tersepit terhimpit terkepit

tadi tengah syok2 tunggu bas kat depan klcc nak balik rumah, tiba-tiba ada dua orang macha yang aku gelarkan 'macha-macha' duduk sebelah aku.jarak kira-kira 3 meter sebelah kanan.macha-macha muda lagi bergetah.baju sorang2 style butang-baju-tercabut-tak reti-nak-jahit. pendek kata nampak la benang bulu kambing kat badan masing2.itu tak menjadi masalah kepada aku.kerana apa?kerana aku seorang gadis muslimah yang menundukkan pandangan.


beralih kepada sebelah kiri pulak.lebih kurang 1 meter sebelah kiri pulak ade seorang pak arab yang baru balik sembahyang jumaat gamaknya.

serius aku tak tergoda dengan macha-macha tersebut. tiba2 keluar satu aroma.

BAU MACHA!




aku sepantas kilat toleh belah kanan.tengok macha-macha tu tengah syok bersembang.gaya penceritaan ibarat karam singh walia tengah baca pantun.tangan siap nak angkat2. time tu pulak angin tengah kencang sebab nak hujan. mak aih..syahdu aku dengan aroma tersebut.dalam hati dah nak anjak kiri sikit.tapi toleh2 kiri...




pak arab tu tengah syok jolok hidung keluarkan hasil benih!



terus migrain aku datang!
mungkin inilah ibarat peribahasa diluah mati mak.ditelan mati bapak.sekian.
aku nak pergi hembus idung kuat2.takut ade saki baki aroma berkenaan.