Monday, December 27, 2010

MALAYSIA BOLEH la der!

tahniah MALAYSIA!aku saje je perkecilkan kebolehan skuad malaysia pada pos yang lepas.sebagai pembakar semangat orang kata.haha...safie salii dah baca blog aku,terus terbakar kebaboom semangat dia.caya lah.memang style.banyak improvement untuk malaysia.

game malam tadi memang terbaik.ini serius aku cakap.tahniah yall!


tapi aku suka pengantin baru ni.inai masih di jari.nurshahril.baru kahwin hari sabtu,ahad teros main game.lagi style!kembang kempis hidung mak mertua tengok kat kampung.

Wednesday, December 22, 2010

hepi besday to me..



hari ni besday aku.tak tua lagi.baru 22 tahun.pakwe2 hensem,sila la wish.wish kat inbox facebook pon takpe.plezz3x.ini kes sangap.jangan tiru.itu bukan aku.kena rasuk jap tadi.

ak kisah hari ni besday aku.berapa kali nak cakap?tengok title pon dah tau.sukati aku la kann..

malam tadi kami sekeluarga pergi makan ikan bakar kat gold coast sepang.orang2 sibuk kata sedap la,cantik la.jadi kitorang terpengaruh lantas jalan2 habis minyak ke sana.2 jam jugak la wey dari rumah aku!gagah betul habiskan minyak.



kalau ikut dalam internet,cenggini la rupa.effect bunga api memang tabley blah.teruja bukan?tapi yang ada hanyalah ini




senandung malam.memang senandunglah kitorang kat situ.tak meriah,rasa macam makan kat tepi pertandingan main chess.yang penting,tak menepati selera.not recommended.tak payah pergi.bagi sini RM100,mungkin aku masak lagi sedap okeh.mungkinlah gambar teruja tu in progress tapi aku tak puas hati ngan makanan tu.bukan main orang rekomen.ke kau pon dah terkena lalu nak suruh orang lain buat food tester gak kat sana?ceit..

selalu orang kata indah khabar dari rupa.maknanya cerita bagai nak rak kata best tapi bila tengok dekat2 hampeh.lebih baiklah jadi diri aku.indah rupa dari khabar.dengar cerita macam tak cantik tapi bila jumpa,ehh..ehh..sape yang cantik tu?


sekian.

Wednesday, December 15, 2010

Ganjaran RM5,000 seorang JIKA menang Piala Suzuki AFF

inilah faktor2 kenapa harga minyak,gula,air and what so ever semakin naik dan naik seiring dengan kenaikan darah tinggi pakcik2 yang baru nak bukak bisnes kedai kopi.
kalau dah sorang 5 riban,kali dengan 24 orang masuk dengan pemain simpanan,haa...kira sendiri la kan.si coach rajagobal takkan 5 riban jugak kot.kurang2 mau 10 riban jugak bonus.fuhh...kaya betul malaysia ni ye.

tapi semua tu "JIKA"...masalahnya,mampu ke malaysia dengan taktik dan formasi standard sekolah rendah Padang Rengas tu mara ke final?tengok je la yaalll!


SINI

Tuesday, December 14, 2010

kalau erti hidup pada memberi,boleh kasi pakwe kau pada aku?

nowadays aku tengok member2 aku dah mula mengenyam cakap pasal kahwin.ehh aku pon join sekali rasanya..tapi pada pandangan aku elok lah kahwin awal daripada tak tentu hala meronggeng sampai terponggeng dengan lelaki yang mana2 tah tu.


macam kawan sekolah aku sorang ni,dulu dia ni agak social culture shock masa dia mula2 masuk U.keluar malam,bukak tudung,tak balik rumah and what so ever perkara lagha.jadi gothic bagai..kesian aku tengok dia.tapi tup2 dia cakap nak kahwin tahun lepas dan akhirnye berjaya la kahwin bulan 12 tahun lepas.lepas dia kahwin terus jadi ustazah aku cakap.tapi idak le dia buat program semanis kurma cuma pandangan dia pada hidup ni dah berubah kepada lebih islamic dan sempurna.tup2 lagi sekali dah nak deliver baby dalam akhir tahun ni.asyik terkejut je,boleh naik darah tinggi aku.


itu kisah yang best.kalau ikut cerita tak best pon ada.ada yang couple sampai nak rak,makan suap2,beli baju kapel,ketipkan kuku kapel bagai(penuh dengan tahi mutawassitah pulak tuh..plezz).sebelum kahwin boleh la bai.dah kahwin nanti agak2 ade tak yang berebut2 nak lap berak anak???


bagi aku biarlah cinta sayang tu datang secara natural.tak perlu nak gunakan kakak,pakcik sedara,nenek ipar or paklong sepupu untuk jadi modus operandi dalam terjalinnya sesuatu hubungan.senang cerita perkenalan yang dirancang.itu tidak natural.keadaannya akan menjadi sangat awkward.perasaannya sama macam orang yang dah biasa pakai tudung bawal,tiba2 kau suruh die pakai selendang.field of view akan menjadi besar dan perasaan insecure akan bertubi2 dalam diri.tak paham?maksud nya kalau dah guna sedara or member2,takkan nak tolak dengan cercaan.kena jaga juga air muka sedara tu bai. kang tak pasal2 putus sedara pulak kann...

Hey, I am single
Don't wanna mingle
Unless it's legal
Or else it's evil
There's only one man
My husband, my angel..

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

ewaaahhh...baru perasan bulan ni post aku lebih kepada miang2 ayam gitu.musim mengawan.standard lah..ini akibat cuti yang panjang dan tiap2 minggu gi kenduri kahwin orang.see...inilah hasilnya..lentik dan sarcastic.

Saturday, December 11, 2010

kisah seorang guru tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.


*haha...sentap hati mak nak!

sumber:iluvislam.com

Friday, December 10, 2010

result gempak hanya membuat hati riak

dulu2 aku berpendapat bahawa jika ada orang yang ber'result' gempak,pasti soalan dia tidak-begitu-berkualiti.mana tak nye...sekor2 member aku tanya semua result gempak tahap gaban tak hingat. err..mereka itu terdiri daripada kos2 yang pelbagai.bukan budak kos aku.kalau kos aku..harem...oku kudung jari 8 pon boley kira.

tapi hari ini hari bersejarah.pagi2 lagi abang aku kecah suruh aku bangun untuk tengok emel.oh,uitm sekarang dah upgrade sikit.mungkin si sahul dah pening sebab tiap2 kali nak keluar result,pasti jem di student portal.mengalahkan jem orang nak tengok rosmah menari poco-poco dengan najib. jadi pihak berwajib uitm telah menukar sistem dengan menghantar result exam melalui emel.bagus jugak uitm ni.

jadi keputusannya aku dapat dean list sem lepas.first time siot ni dalam sejarah uitm.boleh la kan dean list ke canselor list ke sahul list ke sebab sem lepas banyak praktikal dan klinikal je.writing paper hanya 2 sahaja.tapi walaubagaimanapun tahniah untuk diri sendiri.aku tau semua orang gembira tapi kepada anda semua walaupon kau sedang ketawa keseronokan macam harem,ingatlah pasti ada orang yang sedang sedih.

kenapa aku cakap cenggini??

why?

porkey?

sebab aku pernah berada dibawah satu ketika dulu.dan aku rasa down bila orang bincang pasal result yang melangit depan aku.lagi2 kalau ada mulut2 longkang yang cakap "alaa...aku dapat 3.55 je"...ok,tang 3.55 tu aku tak kesah.tapi tang perkataan "je" tu..watta??

siapa sangka siapa tahu naik turun kita semua..

tahniah uoolllz!

Sunday, December 5, 2010

lelaki hot...hot kah?

1. lelaki pakai shorts



oo yeahh...nmpk sempoi la laki pakai short.cool and trendy..ape?nak buat laki?tak pe la kot...haha.manyak masuk angin lorrr

2. kening tebal



uuuuu....cair mak!hahaha...

3. berjanggut ciput



ciput bermaksud sedikit.kalau macam akmal...aku lari..hihihi..aku promote akmal.beliau masih single

4. pandai baca quran..dapat hafal lagi hot


ohoo...ini tahap cair die memang melampau.sejuk hati eden.aku suka dengar suara nuri baca ayat2 quran.ala...nuri yang imam muda tu.tak kenal gi google.calon sebegini memang molek lah andai dapat dijadikan suami

5. boley jadi imam





aku tahap agama takde la tinggi mana jadi haruslah mahu lelaki yang gagah agamanya.ewahhh...dapat pulak yang dapat baca doa panjang2.syahdu weyyhhh..nak la jugak nanti anak2 aku cakap "umi...kawan2 along kat sekolah kata abi kalau jadi imam best lah!". hahaha...aku memang gelimat.

ok,amat demanding la kalo nak carik laki yang ada semua ciri2 ni kan.justeru sebab tu la aku tak jumpa lagi jejaka pilihan...hahaha...motif nak cakap aku single.

sekian.

Wednesday, November 17, 2010

IFF (Islamic Festival Fashion)

Baru-baru ni (baru ke?) kat KL ada satu event festival fashion IFFyang diasaskan oleh bik mama…siapa bik mama?tak kenal?dah tu tak reti-reti cari kat search facebook…
Aku suka dengan tajuk event tu “Islamic Festival Fashion” tapi yang annoying adalah pabila fesyen Islam yang dipamerkan tersebut tidak sejajar dengan konsep Islam itu sendiri.wahh!
Apsal aku cakap cenggini?haa…tengok sendiri sudah…..



meh sini aku jadi pengulas antara fesyen-fesyen yang aku gelarkan sebagai "what a loo" fashion...

fesyen 1:kau nak pakai baju cenggini time kawin???aiyoo......sesak nafas bapak mertua tengok.




fesyen 2:
fesyen ini harus diketengahkan dikalangan makcik-makcik cleaner yang selalu kena buli dengan bos asyik suruh sapu sampah.dua dalam satu.bekerja sambil berfesyen.cantik mehh....



fesyen 3:fesyen baru orang berkabung.dah macam gula kabung aku tengok.kalau rasa-rasa nak pakai masa pergi mahkamah syariah tuntut cerai boleh gak.terpulang pada kreativiti masing-masing la kan..




fesyen 4:
fesyen ulek mayang


fesyen ni aku rase ok dah kalau buat lengan dan kain labuh sikit.cuma jangan bawak masa raya korban.jenuh nak kejar lembu pulak nanti ok..tak pon tok imam ter'konfius' antara lembu dan kau.hihi

aku bukan nak kondem ape.maybe aku takde idea sekreatif designer-designer tu tapi kalau cenggini la gayanya orang kreatif berfikir,aku bersyukur aku tidak kreatif!

tak suka baca?sapa suruh baca??

Tuesday, October 26, 2010

agagaga

sedang ym bersama ex-si dia.
juga sedang berbalas2 komen sambil beradegan usik-mengusik bersama ex si dia dan rakan2 di fb.

semakin yakin tiada apa2 getaran di jiwa.

tapi kenapa tangan aku sejuk?

.......
.......
.......

parah doing~

Sunday, August 29, 2010

dugaan sejuta kali terhebat

nama blog ni seharusnya ditukar kepada hidup banyak dugaan....

tanggal 17 Ogos 2010 bersamaan 7 Ramadhan yang lalu,tepat jam 12.30 tengah malam, mama tercintaku telah kembali ke rahmatullah dengan tenang.INNALILLAH...
kebetulan mama meninggal tarikh 7 ramadhan sama dengan opah(emak mama).itu yang mama harapkan semasa hayatnya...dapat kembali kepada penciptaNYA pada bulan ramadhan.

semoga ALLAH menempatkan beliau di dalam golongan orang-orang yang beriman.

aku sangat redha dengan pemergiannya.tak sanggup rasanya tengok mama tersiksa hidup.nak makan pon banyak pantang larang, nak baring serba tak kena, nak ke tandas pon sangat tersiksa.jadi, mungkin jalan ini yang ALLAH beri supaya mama lebih tenang dan aman di alam sana.

sangat sedih melihat papa kadang-kadang duduk termenung memikirkan sesuatu.ya...kenyataan ini sangat sukar diterima.tapi ingatlah mama...anak-anak mu ini pasti akan sentiasa menemanimu dengan bacaan ayat-ayat yasin supaya mama sentiasa segar dalam hati-hati kami.ini suatu janji!

terima kasih juga kepada kawan-kawan yang banyak bagi support.sekurang-kurangmya aku masih ada alasan untuk tersenyum.

senyumku tak bermakna aku gembira,tawaku tak bermakna aku bahagia.but i'm a good pretender.believe it~

Saturday, July 24, 2010

dugaan terhebat

ok post sebelum ni boleh dikira sampah sebab duit jpa i yang bernilai rm4250 semuanya dah lesap.aku ulang... ringgit malaysia empat ribu dua ratus lima puluh ringgit sahaja.SAHAJA???gila meroyan aku dengar.muflis!

kisah bermula bila aku dan kawan2 pergi bershopping sakan kat jalan masjid India.dalam pukul 3 aku dan rakan2 yang solehah pergi menunaikan solat zuhur kat dalam masjid India.dalam hati menyimpan hasrat nak sambung shopping kat Jakel.beli kain baju pengantin perempuan,percuma baju pengantin lelaki.

ok kisah bermula bila aku nak pakai tudung setelah usai sembahyang. kawan2 aku tengah sembahyang tika itu.so aku la yang jaga beg time tu.tapi nak pakai tudung memerlukan cermin.so,aku pon tinggalkan kejap limpahan barang2 shopping dengan beg sandang aku kat situ.kat dalam masjid India tak de keling. so aku pon percaya umat Islam semua hatinya suci.dalam surau ok.so aku pon jalan lima langkah dari tempat beg tu ke cermin.lima langkah je ye. kalo aku buat lompat kijang,dah boleh sampai ke tempat cermin tersebut.

dah habis aku pakai tudung depan cermin,rakan2 aku pon baru je habis sembahyang.kiranya aku dan rakan2 sampai di tempat beg at the same time.tak sampai dua minit kot aku pakai tudung.sampai kat tempat beg tu aku tengok beg aku dah takde.tanye makcik2 kat sebelah pon dorang no komen.shitty!

dah buat2 banci kat penduduk dalam masjid tu,then kami berempat pon pergi ke balai polis berhampiran.kira2 pukul 3.30 PM.dah nangis2 kat depan polis sambil buat report,aku pon tepon bank islam suruh blok kad bank aku.masa tu pukul 3.35PM.

then dah cakap dengan orang bank islam,aku pon tanya die barapa baki aku dalam bank sekarang.

"cik,akaun cik sekarang ada RM12.20.transaksi terakhir pada pukul 3.30 PM di bank area central market"

mak aih..berpinar pale otak sebentar.

cepat betul pencuri tu bertindak.kira time aku sampai balai,dia pon dah tercongok kat depan ATM kat central market.

apa yang aku boleh buat??bersabar je lah kak jah oi.

mugkin ALLAH nak ingatkan aku supaya bersedekah.dah lama tak bersedekah la ni.

memang tak berkat la kau pencurik oi ambik duit aku.ni duit photostat buku pon aku dah tak mampu nak bayar ni.demmit!

aku doakan ko panas bontot sebab banyak bisul kat pungkoq hang.sekian!

Saturday, July 17, 2010

tawa dalam tangisan

takde apa yang lebih menggembirakan seorang mahasiswa bila ada seseorang yang menjerit kat mesin ATM bank islam...

"JPA DAH MASUK!!!"

Abang2 nakal yang dapat PTPTpu hanya mampu menjeling dari satu sudut.bengang.

Sunday, July 11, 2010

final debate

aku dah cakap dah...follow my team:SPAIN

sekarang sape nak gigit jari bile germany kalah kononnya bermaruah?brazilio yang kalah cam dak pompuan kalah main netball, italy yang awal2 lg dah blah...haa...degil sangat.

ekceli...team orange ni pon antara team pebret aku.tapi spain tetap dihati.peewwiiittt!



cube tengok performance spain ni.fokus pada rambut die.haa...ade ke group lain yang menanduk dengan stail rambut terbang cenggini??haaa...takde kan.

papehal pon spain kena hati2 dengan mamat ni.die pakai ubat guna2 la aku rase.hebat.mungkin kat sekolah ade masuk kelab aerobik jugak.



ahh..tadak hal la.atuk kfc ni memang terbayek!

Friday, July 2, 2010

what a shame brazilio

sedikit sejarah:

1974 Holland – Brazil 2-0
1994 Brazil – Holland 3-2
1998 Brazil – Holland 1-1 (4-2 on penalties)

bak kata alif satar...plez..plez..plez..kamu jangan nakal.
lagu tu sesuai ditujukan kepada brazil yang nakal masa main tadi.ade kaitan?takde sudah.

papehal pon abang sneidjer memang terbayek dari ladang




tahniah la oranje


mamat ni mesti kena band lepas ni.dah la buat gol sendiri dahtu kena red card pulak.nasib ko la oi



kesian brazil..tu la.bajet hebat sangat la tu.kikiki..

p/s:malas nak tunjuk muka kaka nak nagis time pengadil tiup wesel penamat.buruk betol orang ensem nangis

Wednesday, June 30, 2010

resepi rahsia

mari dekat...mari dekat...(gaya ala2 sheila rusly dalam iklan mayonis+telur dadar)

hari ni aku nak ajar cara2 buat cekodok.nampak cam simple tapi cuba kau buat sendiri.kalau tak rasa macam batu kerikil,mesti rasa cam batu nisan.

Mode: lapar.walaupon cekodok.ade aku kesah???

untuk menyatakan yang aku bukan gadis gedik yang tak reti masuk dapur,so aku buat la entry ni.

mari masak cik jah oi.kalo dah lapar nak harap sape lagi masak?abang aku?hareemmm...

mule2 kena lah ada minyak kak jah oi.kalo tak ko nak masak guna hape?minyak muka??


ok la aku pon malas nak cerita pasal bahan2 yang aku masukkan dalam adunan cekodok tersebut...nama pon resepi rahsia gitu..hihihi..kite terus kepada menggoreng.pastikan darjah kepanasan kuali ialah 99 darjah celcius ye.kalau kuali kau 98 darjah celcius,takut cekodok ni bantat pulak.ape??ooiii...aku bukan mencarut la woi!




wokeh...setelah masak kite nak buat apa?(sambil acu-acu senduk ke arah kak jah)...

err...

lambat la kak jah ni.patut la cekodok pon tak reti nak masak.tos la dulu sebelum ngap.


haa..dah siap tos takkan la nak terus bedal iye dak?hias2 la sikit buat penyeri...

ok...untuk hiasan cekodok kali ni,aku mengetengahkan konsep laut moden ala romantis.tak susah cuba perlukan gulai fish ball dan tidak lupa dengan penggayaan pinggan free dapat time beli sabun Daia semalam.

alhamdulillah..siap juga hasil kita pada kali ini.ape?nak resepi...

maap la.ni resepi pusaka.berdosa aku kalau kasi kat orang tak tentu hala..hihihi.marah?why so serius??lempang kang...hihihi...

selamat mencuba..daaaaa~

Monday, June 28, 2010

kisah benar

semalam tengah aku tunggu giliran nak cucuk duit dari dinding kat kl central (nama bank terpaksa dirahsiakan), ada sorang pakcik india dalam lingkungan lewat 30-an yang tengah beratur kat dinding sebelah mai tegur aku....


"are you Malaysian??"


lantas aku pon jawab;

"err...yup"

agak2nya mesti dia ingat aku minah turki yang datang melancong kat Malaysia kan??kan...

Friday, June 25, 2010

aku wanita suci



cukup dengan baca tajuk entri cenggini,pasti mak2 mertua sejuk hati dengar.ape?nak jadikan aku menantu?boleh...sila ambik nombor kat kaunter.ko bukan menteri.

ok...itu intro yang sampah.

aku baru habis praktikal kat INDAH OPTOMETRIST...


haa...apsal pulak aku nak highlight INDAH OPTOMETRIST tu?banyak sebab ye...

kedai tu ade sorang bos yang bernama en.shamsurizal abdul halim.staff die ade sorang gak, yang aku panggil abang Izar a.k.a si bulat.ok panggilan manja tu bos je yang panggil,aku tak sampai hati pulak nak panggil cenggitu sebab kalau 40 kali aku panggil die bulat,nanti makin bulat la pulak.tak boleh pulak nak beza antara abang izar dengan bola jabbulani.tak ke aniaya namenye tu?

tadi masa aku jaga kedai sorang2 dalam pukul 2.30 pm cenggitu, tetiba ade sorang kakak kedai bunga datang bawak bunga dan beruang palsu.yang spesialnye benda2 tersebut untuk aku...alamak ai.touching la plak.mau 80 hinggit kalo bunga hidup cenggini.



aku tengok kad, abang izar yang kasi.ok aku terima pemberian itu.tapi yang peliknya,pagi tadi abang tu dah kasi aku hadiah buku la tahzan.rajin pulak kasi aku banyak2 hadiah ni.

then,bos pon masuk kedai.aku pon cerita la kat bos pasal hadiah tu.bos cakap:

"banyak pulak duit mamat tu"

haha...aku berdiam diri.bos tengah panas dengan abang tu sebab asik curik tulang je keje time keje.then tak lama lepas tu,abang izar tu pon masuk..jadi selaku gadis sopan, aku pon ucapkan terima kasih kat die.then tetibe die buat muka pelik dan blah.aku terpinga-pinga.

rupa-rupanye member abang izar yang aku cek mata die semalam yang kasi hadiah tu.ok...aku tak penah pon bersembang dengan die,cuma bercakap time cek mata tu je la.betul,aku tak penah gedik dengan die.

perasaan aku?aku hati kering.

yang penting bos baik gile.tadi die belanja piza+chicken wing.hari tu belanja nasi kukus,rojak,cendol dan sebagainya.tak gemok kau kalo hari2 camni?nasib baik die dah kawin..kikiki...

ok la..penat nak membebel.malam ni portugal lawan brazil?ape?nak bet?pergi gali kubur sendiri kalo nak main judi

Friday, June 18, 2010

pakcik oh pakcik

last week time aku praktikal kat hospital serdang,pagi-pagi aku dah keluar rumah buat muka masam.ye la..kulit i alergik ok mandi pagi2 buta sejuk camtu.nasib baik rumah i ade heater.ahh...gedik ar minah

bangun pagi2 ni memang perut akan menyanyi lagu dondang sayang minta diisi.sampai kat kedai kuih aku pon beli kuih.takkan beli basikal pulak kan.

aku: pakcik..kuih ni kira macam mana?

pakcik: kira camne?1.....2......3... (sambil tersengih2 cam susu basi)

ecece..lawak la tu.tapi mintak maap la aku tak reti paksa diri ketawa.aku buat muka blur sambil ambil 3 bijik kuih dan berlalu ke kaunter.

dah beli siap aku pon cepat2 masuk dalam kereta,takut kena culik.dari jelingan mata aku dari dalam kereta,aku nampak pakcik tadi sedang ketap bibir macam nak nangis sebab lawak dia tak menjadi.sory pakcik,saya tak berniat nak menderhaka~

Tuesday, June 15, 2010

jersey


tibe2 aku rasa jersey portugal kali ni sangat smart.tambah2 lagi bila disarungkan pada abang2 gagah.tapi mintak maap la, cantik cam bulan pon tapi kalau setakat seri baik tak payah ye dak??kikiki....

world cup kali ni cam hambar lagi selumbar je aku nengok.lambat betol spain nak beraksi.malam sok pakat pakai baju kaler merah woi..la roja espana!

Saturday, June 12, 2010

follow my team:SPAIN





tak yah cakap banyak.FIFA kali ni spain mesti pegang la.dengan formasi cenggini,messi pon buley parkinson tengok:



-recorded ten wins from ten South Africa 2010 qualifiers
-Spain have taken part in the finals of 12 FIFA World Cups and have not missed a single edition
-Best World Cup Finish: Quarter-finals, 1986, 1994 & 2002


walaupon spain tak pernah jadi juara world cup tapi tu tak bermakna spain tak hebat uoollz.aku tau kali ni mesti spain jadi juara punyalah!

go EspaƱa~

Monday, June 7, 2010

betul...mimpi itu mainan tidur

tadi aku balik praktikal pukul 12 TENGAHARI.itu rekod yang paling membanggakan setakat ini.sebelum ni paling cepat pon pukul 4.50 petang.bukan apa,disebabkan puan Ramuza(ketua department) cuti,aku pon menghormati beliau dengan cara keluar awal.bagus bukan?hehe..
tolong jangan ikuti akhlak tak bertamadun ini

but thats not the point ok..

ni aku nak cerita pasal mimpi ibundaku.

tadi mak aku tido.pukul 3 baru beliau bangun.bangun2 terus mintak nasi.so abang aku pon dengan gagah g la amik nasi kat dapur untuk santapan ibunda.

but thats not the point yet...ok

ni baru nak start cite...


lepas mak aku melayan perasaan sambil makan nasi beliau pon start cerita..

nak cite satu2 ponek plak eden nak taip kan.so aku buat summary je la ye...

mak aku bercerita:

"mula2 beliau tengah landing kat tepi pantai.time tu ala2 senja romantik gitu.tengah syok2 layan jiwa romantik,tiba2 ade background muzik.ada 3 orang yang tengah main muzik tu sambil ketiga2nya pakai kot putih ala2 smart.biase la mimpi memang over sikit uoollz..ok itu aku tak kisah lagi.tak lama kemudian tiba2 datang zahid AF dan rakan2nya lantas duduk kat meja sebelah port mak aku duduk.ok part tu pon sikit pon aku tak kisah lagi sebab apalah nak dibandingkan muka zahid dengan shahir yang hensem-tahap-gaban tu kan.yang aku kisah bila mak aku cakap zahid datang dengan imej kak senduk.maksud aku dia pakai subang bling2 dengan eye shadow.mak aku kata macam keling pondan.mak aku yang cakap ok..then dalam mimpi tu mak aku makan nasi putih dengan ikan masin.zahid pon order benda yang sama.watta?sambil makan2 tu mereka berdua(mak aku+zahid) saling jeling menjeling menandakan diri masing2 sedia untuk dingorat."

ok mulai saat itu aku percaya bahawa mimpi itu mainan tidur.

mimpi juga boleh mnjadi realiti.jadi aku pon terbayang wajah zahid tu cenggini;


p/s:mimpi boleh menjana minda untuk menjadi lebih kreatif.tak payah minum enfagrow.see,daya imaginasi aku semakin menebal.

Saturday, June 5, 2010

MAVI MARMARA

mode pemberita:

baru-baru ini kita digemparkan dengan isu kekejaman zionis Israel terhadap pasukan sukarelawan dari seluruh dunia yang ingin meghulurkan bantuan terhadap penduduk Palestin.Mereka,dengan menaiki kapal Mavi Marmara telah ke sana dengan misi keamanan.

haha...amacam?dah boley jadi pembaca berita astro ESPN ni.

oii...serius ok!

kat sini aku ade lampirkan sedikit tentang peristiwa tersebut.KLIK SINI (31 mei 2010)
nanti anak cucu boleh la baca lagi tentang peristiwa ni kat blog ni.

demmit Israel!

Friday, May 28, 2010

itu dia

aku sedang chat di fb dengan bekas-pakwe-tak-jadi-aku atau nama singkatan dia LOSER!

nampak tenang tak aku?kalau gadis lain mesti dah nangis2 tak nak reply kalau ex dorang call or watsoever.tapi aku malas nak emosi.layan je la.modal dia mesti nak tanya pasal mata dia yang rabun.so cliche(lantak ko la kalau 1 hari ko terbaca blog ni)

boley blah..tetiba nak ajak aku tengok cite shrek kan.ceit podah~

sudah la...malam ni aku nak try carik jodoh kat cite pencarian imam muda.lebih tenang jiwa batangkali barangkali.

Sunday, May 23, 2010

kutuk mengutuk

aku selalu kutuk orang yang buat status kat facebook "minggu ni sangat banyak kerja.tension"...
tak pon bunyi cenggini "esok exam,kena hantar lab report lagi,tesis lagi..arghh"

tapi aku still nak cakap cenggitu sekarang..aku bizi praktikal sampai tak sempat nak buat entry baru!

Monday, May 17, 2010

praktikal itu penat

ok...nampak macam orang bizi tak dengan tajuk entry cenggini?
perfectly yes!...aku penat tahan ngantuk masa praktikal kat shop tadi.bukan apa,hari ni customer yang datang nak cek mata hanya seorang.yang lain2 hanya singgah nak tengok2 sahaja.penat ok tahan mengantuk.habis semua majalah kat situ aku dah habis baca.



tapi tak pa,bos aku ni jenis peramah.kami bertukar2 biodata.gamaknya macam time sekolah2 rendah dulu main tukar2 buku.dari tempat aku lahir sampai ke status sekarang habis disembangkan.bukan setakat tu, rumah aku yang baru pasang wireless tmnet pon habis aku ceritakan.takde kaitan kan dengan praktikal?tapi takpa.sebelum tu beliau ajar la jugak selok belok optometrist ni.kira banyak jugak input yang aku dapat.


oohh..aku lagi satu point yang paling best dan merupakan alasan kukuh nak cakap bos aku best.beliau belanja aku minum petang sambil aku memakai contact lens warna hijau yang dihadiahkan olehnya.time syok2 minum dalam shop tu,hujan pulak.memang rase cam orang putih sesat yang minum teh ais tatkala hujan sambil cover ayu makan karipap.


cukup je pukul 6 abang aku dah lalu depan shop nak jemput aku balik.then terasa macam bini menteri pulak nak dijemput bagai.who cares?

esok harap2 sale up sikit.bukan apa..skill aku yang masih excellent ni kalau tak guna lama2 berkarat jugak.haha

Friday, May 14, 2010

tak da rezeki

pix_middle

Piala Thomas: Malaysia tewas 0-3 kepada China


dah tak da rezeki nak buat macam mana?
esok tengok je la komen kat ulasan sukan di berita utama kat tv. mesti kaw2 kena kutuk punya.
biasa lah..kalau menang puji melambung-lambung sampai langit ke tujuh, kalau kalah sampai ke kubur ungkit...haha..manusia2~

makan

newcrip.JPGDouble Spicy Chicken McDeluxe

malam tadi aku mimpi makan besda2 best macam gambarajah diatas.mimpi sampai terbangun ok..

lantas aku pun ke dapur dengan harapan ada la makanan macam dalam mimpi aku tu.

bukak je tudung saji tengok KOSONG! tapi ada seekor cicak yang kecemasan kat dalam tu.sapa la punya kerje pandai kurung cicak dalam tudung saji ni. nasib baik ko cicak kalau ayam dah lama aku buat gulai cili padi.

jadi...

perut aku yang nyanyi dondang sayang ni sapa nak jawab??

last2 masak megi je la jawabnya.baru la bujang iye dak?syahdu...syahdu...

Thursday, May 13, 2010

Malaysia vs Las Vegas???



cerita ni agak lama sudah tapi disebabkan kekangan masa(ceewah) maka baru aku berpeluang bercerita di sini. malas nak cerita panjang.TENGOK SINI

ha..amacam?ada yang naik kadar kolesterol sekarang??


"jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. "

WOHHAAA...then lepas dah kasi laluan haram youall nak kasi rakyat pulak makan duit haram tersebut.kamon la weyhh.

then aku godek-godek internet dan terjumpa kenyataan ini:

"Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura."

aku bukan nak kondem sapa-sapa tapi sebagai orang Islam aku rasa terpukul (demmit!) dengan kenyataan sebegini rupa.dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. so SARCASTIC!
jadi sekarang aku tengok kes buang bayi semakin berleluasa..so mengapa tak keluarkan lesen-halal-bersetubuh-sebelum-kahwin!




Monday, May 10, 2010

berbulu


agak berbulu disini.saje aku upload gambar ni kecik!ciss bedebah si otak biru...

Friday, May 7, 2010

mari berwayang







ni la antara movie2 yang telah ditonton sempena meraikan hari exam yang telah berlalu.memang kuno ok,movie ni semua dah berabad keluar kat wayang.ada lagi sebenarnya..tapi tak bagus untuk tuntunan umum.seyes bukan aku yang nak tengok cerita2 bukan tuntunan umum tu.betul kata orang, rakan sebaya banyak memberi pengaruh.

tapi antara banyak2 movie kat atas ni, vantage point paling best!
kasi angkat jari kaki...

yang paling tak best ialah iron man.kuasa buatan sendiri.haha..sangat terdesak betol si iron man ni.tak best...tak best..camne member2 aku tergila2 nak tengok iron man 2.lantak ko la.

bourne ultimate pon best.tapi aku tak tengok yang first dengan second punya movie.jadi agak haru biru la nak paham cite ni.

G.I. Joe tak paham sangat sebab menonton movie tersebut sambil mengumpat dengan rakan2.