Monday, December 27, 2010

MALAYSIA BOLEH la der!

tahniah MALAYSIA!aku saje je perkecilkan kebolehan skuad malaysia pada pos yang lepas.sebagai pembakar semangat orang kata.haha...safie salii dah baca blog aku,terus terbakar kebaboom semangat dia.caya lah.memang style.banyak improvement untuk malaysia.

game malam tadi memang terbaik.ini serius aku cakap.tahniah yall!


tapi aku suka pengantin baru ni.inai masih di jari.nurshahril.baru kahwin hari sabtu,ahad teros main game.lagi style!kembang kempis hidung mak mertua tengok kat kampung.

Wednesday, December 22, 2010

hepi besday to me..



hari ni besday aku.tak tua lagi.baru 22 tahun.pakwe2 hensem,sila la wish.wish kat inbox facebook pon takpe.plezz3x.ini kes sangap.jangan tiru.itu bukan aku.kena rasuk jap tadi.

ak kisah hari ni besday aku.berapa kali nak cakap?tengok title pon dah tau.sukati aku la kann..

malam tadi kami sekeluarga pergi makan ikan bakar kat gold coast sepang.orang2 sibuk kata sedap la,cantik la.jadi kitorang terpengaruh lantas jalan2 habis minyak ke sana.2 jam jugak la wey dari rumah aku!gagah betul habiskan minyak.



kalau ikut dalam internet,cenggini la rupa.effect bunga api memang tabley blah.teruja bukan?tapi yang ada hanyalah ini




senandung malam.memang senandunglah kitorang kat situ.tak meriah,rasa macam makan kat tepi pertandingan main chess.yang penting,tak menepati selera.not recommended.tak payah pergi.bagi sini RM100,mungkin aku masak lagi sedap okeh.mungkinlah gambar teruja tu in progress tapi aku tak puas hati ngan makanan tu.bukan main orang rekomen.ke kau pon dah terkena lalu nak suruh orang lain buat food tester gak kat sana?ceit..

selalu orang kata indah khabar dari rupa.maknanya cerita bagai nak rak kata best tapi bila tengok dekat2 hampeh.lebih baiklah jadi diri aku.indah rupa dari khabar.dengar cerita macam tak cantik tapi bila jumpa,ehh..ehh..sape yang cantik tu?


sekian.

Wednesday, December 15, 2010

Ganjaran RM5,000 seorang JIKA menang Piala Suzuki AFF

inilah faktor2 kenapa harga minyak,gula,air and what so ever semakin naik dan naik seiring dengan kenaikan darah tinggi pakcik2 yang baru nak bukak bisnes kedai kopi.
kalau dah sorang 5 riban,kali dengan 24 orang masuk dengan pemain simpanan,haa...kira sendiri la kan.si coach rajagobal takkan 5 riban jugak kot.kurang2 mau 10 riban jugak bonus.fuhh...kaya betul malaysia ni ye.

tapi semua tu "JIKA"...masalahnya,mampu ke malaysia dengan taktik dan formasi standard sekolah rendah Padang Rengas tu mara ke final?tengok je la yaalll!


SINI

Tuesday, December 14, 2010

kalau erti hidup pada memberi,boleh kasi pakwe kau pada aku?

nowadays aku tengok member2 aku dah mula mengenyam cakap pasal kahwin.ehh aku pon join sekali rasanya..tapi pada pandangan aku elok lah kahwin awal daripada tak tentu hala meronggeng sampai terponggeng dengan lelaki yang mana2 tah tu.


macam kawan sekolah aku sorang ni,dulu dia ni agak social culture shock masa dia mula2 masuk U.keluar malam,bukak tudung,tak balik rumah and what so ever perkara lagha.jadi gothic bagai..kesian aku tengok dia.tapi tup2 dia cakap nak kahwin tahun lepas dan akhirnye berjaya la kahwin bulan 12 tahun lepas.lepas dia kahwin terus jadi ustazah aku cakap.tapi idak le dia buat program semanis kurma cuma pandangan dia pada hidup ni dah berubah kepada lebih islamic dan sempurna.tup2 lagi sekali dah nak deliver baby dalam akhir tahun ni.asyik terkejut je,boleh naik darah tinggi aku.


itu kisah yang best.kalau ikut cerita tak best pon ada.ada yang couple sampai nak rak,makan suap2,beli baju kapel,ketipkan kuku kapel bagai(penuh dengan tahi mutawassitah pulak tuh..plezz).sebelum kahwin boleh la bai.dah kahwin nanti agak2 ade tak yang berebut2 nak lap berak anak???


bagi aku biarlah cinta sayang tu datang secara natural.tak perlu nak gunakan kakak,pakcik sedara,nenek ipar or paklong sepupu untuk jadi modus operandi dalam terjalinnya sesuatu hubungan.senang cerita perkenalan yang dirancang.itu tidak natural.keadaannya akan menjadi sangat awkward.perasaannya sama macam orang yang dah biasa pakai tudung bawal,tiba2 kau suruh die pakai selendang.field of view akan menjadi besar dan perasaan insecure akan bertubi2 dalam diri.tak paham?maksud nya kalau dah guna sedara or member2,takkan nak tolak dengan cercaan.kena jaga juga air muka sedara tu bai. kang tak pasal2 putus sedara pulak kann...

Hey, I am single
Don't wanna mingle
Unless it's legal
Or else it's evil
There's only one man
My husband, my angel..

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

ewaaahhh...baru perasan bulan ni post aku lebih kepada miang2 ayam gitu.musim mengawan.standard lah..ini akibat cuti yang panjang dan tiap2 minggu gi kenduri kahwin orang.see...inilah hasilnya..lentik dan sarcastic.

Saturday, December 11, 2010

kisah seorang guru tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.


*haha...sentap hati mak nak!

sumber:iluvislam.com

Friday, December 10, 2010

result gempak hanya membuat hati riak

dulu2 aku berpendapat bahawa jika ada orang yang ber'result' gempak,pasti soalan dia tidak-begitu-berkualiti.mana tak nye...sekor2 member aku tanya semua result gempak tahap gaban tak hingat. err..mereka itu terdiri daripada kos2 yang pelbagai.bukan budak kos aku.kalau kos aku..harem...oku kudung jari 8 pon boley kira.

tapi hari ini hari bersejarah.pagi2 lagi abang aku kecah suruh aku bangun untuk tengok emel.oh,uitm sekarang dah upgrade sikit.mungkin si sahul dah pening sebab tiap2 kali nak keluar result,pasti jem di student portal.mengalahkan jem orang nak tengok rosmah menari poco-poco dengan najib. jadi pihak berwajib uitm telah menukar sistem dengan menghantar result exam melalui emel.bagus jugak uitm ni.

jadi keputusannya aku dapat dean list sem lepas.first time siot ni dalam sejarah uitm.boleh la kan dean list ke canselor list ke sahul list ke sebab sem lepas banyak praktikal dan klinikal je.writing paper hanya 2 sahaja.tapi walaubagaimanapun tahniah untuk diri sendiri.aku tau semua orang gembira tapi kepada anda semua walaupon kau sedang ketawa keseronokan macam harem,ingatlah pasti ada orang yang sedang sedih.

kenapa aku cakap cenggini??

why?

porkey?

sebab aku pernah berada dibawah satu ketika dulu.dan aku rasa down bila orang bincang pasal result yang melangit depan aku.lagi2 kalau ada mulut2 longkang yang cakap "alaa...aku dapat 3.55 je"...ok,tang 3.55 tu aku tak kesah.tapi tang perkataan "je" tu..watta??

siapa sangka siapa tahu naik turun kita semua..

tahniah uoolllz!

Sunday, December 5, 2010

lelaki hot...hot kah?

1. lelaki pakai shorts



oo yeahh...nmpk sempoi la laki pakai short.cool and trendy..ape?nak buat laki?tak pe la kot...haha.manyak masuk angin lorrr

2. kening tebal



uuuuu....cair mak!hahaha...

3. berjanggut ciput



ciput bermaksud sedikit.kalau macam akmal...aku lari..hihihi..aku promote akmal.beliau masih single

4. pandai baca quran..dapat hafal lagi hot


ohoo...ini tahap cair die memang melampau.sejuk hati eden.aku suka dengar suara nuri baca ayat2 quran.ala...nuri yang imam muda tu.tak kenal gi google.calon sebegini memang molek lah andai dapat dijadikan suami

5. boley jadi imam





aku tahap agama takde la tinggi mana jadi haruslah mahu lelaki yang gagah agamanya.ewahhh...dapat pulak yang dapat baca doa panjang2.syahdu weyyhhh..nak la jugak nanti anak2 aku cakap "umi...kawan2 along kat sekolah kata abi kalau jadi imam best lah!". hahaha...aku memang gelimat.

ok,amat demanding la kalo nak carik laki yang ada semua ciri2 ni kan.justeru sebab tu la aku tak jumpa lagi jejaka pilihan...hahaha...motif nak cakap aku single.

sekian.