Tuesday, March 30, 2010

kasut oh kasut

tadi time nak balik dari lab, minah-minah kelas aku cakap...

"wey!kat bawah ada jual kasut crocs!!
1 20 hinggit, 2 30 hinggit!"

waahhaa...terus cerah bijik mata dengar.murah tu!

tapi dalam hati aku dah terdetik sesuatu...ah,jangan layan sangat hati ni..

aku dah siap deal ngan member lagi..die 15, aku 15.set!

lantas kitorang pon menuju ke tapak jualan tersebut dengan getaran penuh di dada.bukan pe, mane tau kot2 abang ensem yang jual, tak ke berdebar??

haha..gile!

hati aku semakin berdebar..tak tau kenapa...

sampai kat sana aku dan member rakus menggeledah kasut crocs tu sampai ke dasar. gamak gayanya macam berenang di tengah lautan.

macam biasa la..kaki aku memang besar(standard la untuk kaki orang yang berdarah kacukan perak+melaka cam aku ni)...so carik punya carik jumpa gak size 9.saze paling besar tuh.

hahahaha...

betapa gembira pabila aku rasa kasut tersebut sepadan dengan kaki aku!(pakai sambil tak pandang kaki)


tapi....


...

...


bila aku pandang bawah..tengok-tengok kaki aku dah terjojol keluar dari landasan kasut!

cis..cis..cis...

aku dah agak dah dari tadi mesti tak muat punya..sebelum ni pon dah 10 kali aku cuba kasut crocs..tak muat gak!

patut la tak sedap hati dari tadi.tu la..gatal nak cuba.kan dah kecewa!

Sunday, March 28, 2010

bola boli

tadi aku tengok result epl diz week..

mu 4-0 die bantai kat bolton..

terbayek!!!

yang bikin panas pabila chelsea mng 7-1 ngan aston villa..gilo la..
ele gol nak lebat tapi still rank kedua gak.

bboooo.......



aku ingat lampard dah jadi peter petrelli tadi.buley terbang!
anelka yang berat hanya mampu tengok dari dasar~

Tuesday, March 23, 2010

berfikir berjenak-jenak...

masa makan tengahari tadi aku duduk semeja dengan coursemate aku, eton* dan enot*..

sembang punya sembang tetiba keluar cerita pasal jodoh pulak kan.biase la..gadis2 matang perlu juga menjadi gedik kekadang.

eton*: orang kaya selalunya mesti awek dorang free hair kan??

aku dan enot* berfikir sebentar dan angguk2 ibarat burung pelatuk tanda setuju..

enot*: ala orang kaya biase la.orang free hair selalunya mesti ade pakwe.padahal muke...hmm...

ahh...racism gile si enot ni!seyesly memang die paling cantik antara kitorang ni.kekeke...


tak buley jadi ni...aku pon kena memberi buah idea gak ni..

aku: kalau korang tengok la kan..kalau awek cantek mesti pakwe tak berape nak ensem.tapi kalau laki ensem mesti carik pompuan cantik je..kan?kan?

enot*: ala lelaki...pandang muke je dorang tu.


lagi sekali enot bersikap racism..haha(padahal aku pon sokong!)


sedang berfikir2 tiba2 si eton masuk mencelah....



eton*: tapi kan kalau pompuan senang je dapat pakwe kan.kalo lepas break mesti terus ade pengganti..


lantas aku dan enot saling berpandangan tanda berfikir..


pikir punya pikir last2 aku dan enot meluahkan rasa tidak setuju dengan statement eton tu..

enot*:dah tu camne ngan aku ngan 'aku' ni?dah setaun membujang ni..aduyai..


ahh...aku tabley terima statement tu. aku masih single what selepas hati ini berkecai suatu ketika dahulu..gagaga~

renung2kan la...

enot* dan eton* hanya sebagai nama samaran


p/s:selepas baca balik entry ni rase macam entry ni untok mempromote diri pulak..kekeke


d hardest thing i've ever done in my life is ignoring u..

Monday, March 22, 2010

merisik

ade jugak beberapa orang yang merisik-risik tanye aku "ko tadak blog ke wey?"


berpikir sebentar.....

...

...

"err..tadak la.malas aku nak wat obolog ni"

adakah itu dikira sebagai tipu sunat??mungkin tidak tapi nak wat camne kan??

bukan ape..nanti kalau kenalan2 aku tau aku ade blog, gaya penulisan pon kenalah bertukar kepada ayu+sopan+cover.

mane la tau kalau2 bakal mak mertua aku terbaca blog cenggini, mau die terus carik calon lain untok anak die.

lain la kalau mereka2 yang tanya tu ada sixth sense, tak pon ade hidung cam anjing polis dapat cari aku kat sini.

buat setakat aku yang tak matang ni, biar la seketol dua budak2 yang tak matang je yang tau kehadiran aku.

buat yang lain tu tunggu aku dah kaya sikit baru aku announce aku ade blog.baru la buley berlagak.iye dak??hahaha...


p/s:sedang melayan lagu raja drama..

Sunday, March 21, 2010

trilogi kronologi

1. Ikan yang tiada kaki pon boleh melompat tinggi.
Ayam yang tiada tangan, mampu menyuapkan anak-anaknya.
Manusia yang cukup sifat, selalu lupa tanggungjawab.
Selalu fikir gagal, susah fikir cuba.

2. Kalau hidup ni, kita boleh tau siapa yang suka kita
dan siapa yang tak suka kita, apa yang akan jadi?
Maka tiada lah istilah mengumpat, plastik dan hipokrit!

3. Dalam hidup ni, susah nak puaskan hati semua orang.
Dalam 10 orang, mesti sekurang-kurangnya 1 orang tidak puas hati.
Jadi, apa yang perlu kita lakukan?
Apa susah, tekan lah ctrl-X, diikuti dgn ctrl-V di recycle bin.

Monday, March 15, 2010

minggu epilepsi bakal tiba

jadual untuk minggu depan ni:

senin> 7.30-12.30:posting kat hospital sg buloh
2.00-6.00: kelas CL kat uitm jln othman
malam: konfem tido!

slase> 8.30-12.30: poc(cek mata orang lagi!!)
petang: wat lab report

rabu> 8.30-2.30: ade 2 lab
2.30-4.30: test biostat yang kronik!

kamis> 8.30-12.30: jaga shop

sabtu> 9.00-12.00: kelas therapeutic
2.00-5.00: kelas BD

ahad> 9.00-1.00: kelas public health

ade nampak tak mane2 ruang yang cukup untuk aku study biostat yang banyak mengalahkan subjek 3 jam kredit tu??

aku mulai putus harapan dan ingin tido..selamat tinggal biostat.
juga masih dalam mood keciwa dengan performance test public health td.


aku perlukan terapi..


its not that i'm lazy,it's that i just don't care~

Wednesday, March 10, 2010

aku kaya

aku kaya sebab aku aku g menderma darah tadi!
bukan senang woo nak g derma darah ni.kalu cite kat mak aku gerenti kena bebel sampai ke isyak ni.kekeke...

bukan pe...

mak aku risau kalau aku pengsan ke hape.

don't worry mami!anakanda mu seorang yang gagah lagi maskulin.

ni first timer aku g derma darah.meletup-letup gak jantung aku sementara nak tunggu giliran nak kena cucuk tapi muka still maintain blur.

sementara nurse tu nak cucuk lengan aku sempat gak ar dengar die membebel-bebel dengan rakan seperjuangan beliau..

"eton(bukan nama sebenar), bile nak rehat ni.aku dah lapar ni
"sambil beliau buat muncung itik tu die juga sedang cucuk lengan aku.naik panik aku,takut kalau2 die lepas perasaan kat aku pulak.aduyai...

tapi semuanya berjalan lancar.aku berjaya menderma 450ml darah hari ni.bila lagi nak berbakti pada negara.iye dak??

aku kaya sebab aku menderma~

Monday, March 8, 2010

eksperimen roti

masuk hari ni secara tak langsung aku dah buat eksperimen roti kulat macam yang kita buat masa sekolah rendah dulu.ingat tak??

ala...yang kita letak roti basah kat satu tempat lepas tu biarkan dia selama seminggu.lepas seminggu, kita tengok balik hasilnya..mesti ade tompok-tompok kulat kat roti tu..ingat kan??

masuk hari ni roti yang aku beli minggu lepas tu ada lagi kat rak buku aku ni.

haa...mesti ingat aku pengotor la tu!!!

bukan la..roti tu expired hari jumaat.kebetulan hari jumaat aku balik.sabtu dan ahad ada kelas sampai tak perasan kehadiran roti tersebut.tetiba tadi baru perasan kehadiran roti tu.

jadi pe kate aku simpan roti tersebut sampai hujung minggu ni pulak..tengok pe hasilnye??haha

Aku sebagai ustazah

Siang tadi aku belek-belek buku yang aku baru beli kat PKNS semalam>> U TURN KE JALAN LURUS.

Lantas tertarik dengan petikan ayat-ayat dalam buku ni..

Wahai anak adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi dia masih mengumpulkan harta

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap terhadap kubur tetapi masih tertawa

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap terhadap kehidupan akhirat tetapi dia masih beristirehat

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya tetapi dia masih tenang dengannya

Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya

Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci

Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri



Ya…smestinya aku hairan dengan manusia!err…aku la tu.renung-renungkan dan selamat beramal~

Friday, March 5, 2010

survivor

lepas habis je kelas pukul 10.30 tadi aku terus bergegas ke stesen bas.biasa la,gadis bujang macam aku mana mampu nak beli kereta.naik je la rapid kl yang tak berapa nak rapid tu..
tujuan hanya 1>>>nak balik rumah!!

tunggu punya tunggu pukul 11 baru la bas tu terhegeh-hegeh sampai kat depan aku.ingat nak marah abang pemandu tu tapi tak jadi sebab abang tu kelihatan sedikit kacak.aku tahan je la dalam hati..

bas pulak penuh tak ingat.terpaksa la aku berdiri disepanjang perjalanan.bawak bas sikit punya slow.kura-kura pon lagi laju la bang!

jadi kol 12 baru la aku sampai seksyen 2.kena tukar pulak bas kalau nak ke kl.hhaa...nasib baik terus ade bas menanti.

sampai kl dah pukul 1.15..mak aih..ni baru sampai kl,belum sampai rumah aku lagi!

sampai kl aku kena naik pulak putra sampai ke klcc.tapi disebabkan aku tetido kat dalam putra,so aku pon terlajak 1 stesen.takpe2,dari ampang park pon buley sampai rumah gak.

sampai ampang park kena pulak tunggu bas lagi nak balik rumah aku.cis..duit lagi!
naik bas lagi...last2 sampai rumah kol 2.15pm..
fuhh...akhirnya!!!

3 jam lebih jugak la perjalanan aku hari ni.boleh sampai melaka dah ni aku kira-kira.
duit tambang tak yah cakap la kan.ni aku senaraikan...

puncak alam ke seksen 2:rm2.00
seksen 2 ke kl:rm2.50
naik putra ke klcc:rm1.60
klcc ke rumah aku:rm2.00


total=rm8.10!!
cis...agak-agak kalau aku kawin ngan abang yang sedikit kacak tu,dapat diskaun 50% tak??

penat betul la!tapi apedehal..i'm survivor~

Wednesday, March 3, 2010

handphone ajaib

nokia 3320 aku kini sudah menjadi sesuatu ajaib!

ajaib pabila ia boleh on dan off dengan sendirinya...

lebih ajaib lagi bila die akan mengeluarkan bunyi."tet...tet" menandakan batery low pabila bercakap lama sikit kat telepon tersebut dan kemudiannya off terus disamping meninggalkan aku bercakap keseorangan ditalian.walhal malam tadi 7 jam dah aku caj!

hebat bukan??

lepas ni aku boley rekomen kat doraemon untuk masukkan handphone aku sebagai list barang ajaib beliau~

bola boli




kaka=kiri
robinho=kanan

kaka:uit...dah ramping ar perut ko sekarang!
robinho: tepi-tepi...jangan kacau aku tengah joging ni.ape pegang-pegang kite ni.bagitau mak kite baru tau!

Monday, March 1, 2010

Mayat lelaki dalam guni gula ditemui di sungai

sekali baca tajuk berita harini ni,macam lawak pon ada gak..

gelak sikit...

kuikuikui...

eh..xbaik la!

ade ke patut g bunuh orang pastu letak dalam guni gula.tau tak sekarang gula susah nak dapat.tadak akai ka???

dah buat 3 dosa dah si pembunuh tu:
1. bunuh orang..of korse la kan
2. letak mayat dalam guni gula...pencemaran gula.ingat orang suka la tu minum air sirap
3. buang dalam sungai...pencemaran air

kot ye pon nak bunuh, g bakar je ke hape ke kan.tak perlu nak membazir gula.1 guni gula tu woo...boley buat air gula untok kenduri kahwin tu...

akai letak kat tapak kaki ke hape??

aku sebagai pelakon......

aku sebagai pelakon....

amacam...jeles tak baca??jeles kan...aku tau dah!
..

..

..

tengahari tadi lepas penat-penat habis lab aku dan rakan-rakan pon menuju untuk balik ke bilik.sedang-sedang memerhati kiri kanan(kot-kot ade abang gagah dimana-mana), tiba-tiba kedengaran satu suara...

"ok semua jalan macam biasa je.separuh nanti jalan ikut kiri,yang lain jalan ikut kanan masa kat depan tu nanti"


laaa...orang tengah shooting rupenye!patut la ramai semacam kat laluan tu. ni semua kes jakun nak jadi pelakon la tu..haha

aku,lia dan umi malas nak layan cerita-cerita murahan camni...lalu membuat bodo je dok kat tepi tu.kebetulan ada pameran.layan je la budak-budak pameran tu membebel hapetah.


tungu punya tunggu......


banyak la pulak take die nak amik.perut dah nyanyi lagu keroncong untuk ana dah ni.ini tak buley jadi!last-last kitorang pon jalan je la kat laluan tu.kembang-kempis gak ar idung time lalu kat depan kamera tu.tak sia-sia aku practise cat walk depan cermin time kecik-kecik dulu.


sedang-sedang cat walk tu, aku tengok ada jugak budak-budak yang kena upah dok kat tepi-tepi tu sambil pegang buku..haha...hipokrit sungguh!

lantak dorang la..yang penting aku sekarang dah femes.

harap-harap anugerah skrin tahun ni aku dapat pegang.lalala~