Thursday, April 29, 2010

charlie...die bukan pakwe saya


nate ni name glamer dia charlie. TENGOK NI
die sangat nakal.kerana apa?
kerana dia binatang hutan yang sangat manja.kerana apa?
kerana kalau dia jalan kat mana2 anggota badan,dia akan meninggalkan kesan2 cinta dengan menghakis kulit manusia berkenaan.

oleh kerana dia sangat manja, aku dan housemate telah menyelotep(selotape) beliau di dinding halaman utama rumah kami.bukan apa, ada petua cakap kalau kita bunuh nate ni, nanti makin banyak member2 die datang.kira semangat assabiah charlie ni sangat kuat la kan.

bijak bukan???

sikit lagi die dah reput buley bawa ke muzium negara.

tak caya???

meh sini datang kat puncak alam dan rasai kehangatan gigitan charlie...


p/s:semoga roh charlie dicucuri rahmat.aminn~

apa itu exam

sebagai menghormati hari2 exam yang baru sahaja berlalu..aku buat entry ni khas untuk exam.

disini aku kepilkan beberapa keping gambar yang menggambarkan aku tidak bersenang lenang semasa exam week tersebut..

mari kita renungkan maksud tersirat di sebalik imej diatas bermula dari sebelah kanan(amik berkat):

1. yang warna hijau tu plastik gula2 kunyah perisa buah-buahan yang aku beli kat is mart hari tu.

2. depan tu yang kaler biru tu adalah bungkusan oreo.peneman setia ketika study
kalau aku dapat kencing manis memang aku takkan salahkan ibu yang mengandung.

3. see..banyak tak nota ringkas aku. tapi bila dah kumpul2 balik,nisbah nota ringkas tersebut sama banyak dengan nota yang lecturer kasi. so istilah nota kaki boleh digantikan dengan istilah nota penyepak.

4. yang kaler pink tu adalah mp3 sony aku.semestinya time2 exam cenggini radio yang dilayan hanyalah ikim dan lagu2 Maher Zain.bukan ape, senang sikit nak absorb ilmu sambil dengar ayat2 quran ni.abang2 rock kapak ditolak tepi buat sementara waktu.


5. pen merah digunakan untuk membuat nota.merah dipilih sebagai tema sebagai lambang ianya penting untuk dibaca. ok, semua pon kaler merah. terasa seperti gong xi fa cai.


6. laptop acer aku ni dah 2 tahun 8 bulan die hidup.fb tu sebagai hiasan.aku dah niat tak nak bergiat aktif di fb sepanjang exam.haha..

imej yang ni pulak dari pandangan sisi:

7. kaedah letak bantal kat kerusi memang mujarab ketika study.kadang2 mujarab die sampai tetido sambil pegang nota. efek bantal juga tak banyak beza dengan jamu mak dara. boley hilangkan lenguh2 pada tulang belakang.


8. yang hujung belah kiri tu bukan sebarang air.air yasin woo...tenang sikit aku nak study.perhatian,air yasin adalah air yang dibacakan dengan surah yasin...bukan mohd yasin punya.


9. paling bawah belah kanan tu adalah air musofa dengan kismis minda

TG stands for tok guru. bapak aku memang peminat fanatik tok guru.tinggal nak jadi duta je lepas ni.setiap pagi aku makan 21 biji.kenapa?kerana nabi muhammad pernah bersabda mengatakan "barangsiapa yang makan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa sebarang penyakit kecuali mati"

see...belog juga sebagai medium dakwah.ohh...aku bukan duta tok guru ye. air musoffa tu pon bapak aku yang kirimkan..

Saturday, April 24, 2010

gatal tangan

orang tua2 cakap kalau gatal tangan ni maknanya rezeki nak masyuukk..
tapi lain pulak dalam situasi aku ni.
tangan aku gatal nak update blog ni.tapi nanti langgar pantang pulak kan.
kalau aku dah niat nak puase fb maknanya sekaligus kena niat puasa blog gak.nanti next week lepas habis exam aku update banyak2 walaupon tak de orang baca..haha...ade aku kesah??

selamat tinggal blog.dinda pergi sebentar saja~

Monday, April 19, 2010

reality check up

Next week will be busy. Apparently everyone is showing that they are busier than anyone else , competing to be the busiest among others. Everyone has exams coming. So what?

"I've 5 exams coming up"
-"5 je? I've got 6 exams, lab reports due and have to work lagi, praktikal lagi bla bla bla "

"Aku takde duit la"
-" Tipu gila. Aku ni lagi takde duit beli tiket flite lagi, fieldwork sana sini lagi "

Negative replies. How can you be a good listener when you are being so pessimist? How can I appreciate talking to you when you turned me down? I don't need those negative vibes. I don't appreciate those kind of replies. I need something positive, inspiring, a good listener.Cukup cukup la nak banding siapa lagi susah.

Hidup ini bukan perlumbaan kesedihan.Bukan perlumbaan untuk lihat siapa lagi hebat, bukan juga untuk lihat siapa lagi sengsara.

life keeps you from getting stale..

ooww...forgot something.thanks for pa,ma and all my sibling coz give me a visite here.really appreciate it!I’m glad that everybody around me, my family and my friends supported me and that means the whole world to me.

p/s:terasa matang pabila tulis blog dalam bahasa omputih ni.kekeke...

Wednesday, April 14, 2010

titon

mak aku cakap tido lepas asar tak elok...buley jadi gila!

sebab tu la aku rajin nak update blog ni.nanti aku lawan cakap mak ni,derhaka pulak.tak pasal2 kulit aku yang putih ni jadi hitam kat akhirat nanti.



camni la muka aku kalau tido...tenang~


nak study pon tak elok petang2 ni, bukannya masuk otak..
nak g joging pon...penat.nak simpan stamina untuk study malam ni(bajet)
nak ajak member2 ngumpat pon..berdosa pulak.dosa sekarang pon dah berbakul2 agaknye
nak mandi pon...awal lagi.nanti nak masuk maghrib baru syok mandi.tenang sikit nak semayang
nak bukak fb pon...dah habis aku pantau profile orang2..haha

tido susah...tak tido pon susah~

nak g baca buku "life is an open secret" sambil berlunjur kaki atas katil..adios!

Tuesday, April 13, 2010

A.P.I-pelita

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali
apa yang telah aku nikmati
apa ku alami

selagi hayat di kandung badan

Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur
sayapku patah

akan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke serata dunia,
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir

tak pernah sesaat ku mencurigai
apa yg telah aku kecapi
setakat ini

tiba saatnya kan ku tangisi
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi

selagi hayat di kandung badan

Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur
sayapku patah

akan ku pancarkan cahaya
seperti pelita ke serata dunia
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur!
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Chorus 2X
Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur
sayapku patah

akan ku pancarkan cahaya
seperti pelita ke serata dunia
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita
Ke Serata Dunia
Seperti Cahaya…….


lagu ni best!seyes!

tapi disebabkan U ni block youtube so tak dapat la aku nak download video lagu ni. aku tak kenal sangat group ni tapi yang penting ade lan MUH dulu ngan Noh hujan. tak kuase plak aku nak g google cari group ni secara detail..


pe lagi..g ar carik!

p/s: lagu ni sesuai ngan suara aku yang serak2 manje.auuwww~

Monday, April 12, 2010

tensi


beginilah keadaan sekitar exam yang bakal tiba...next week weyh!
aku rase cam kepale sudah senget sambil muka masih tiada perasaan kerna hati ini masih tidak buley menerima kenyataan yang aku tak abis study lagi..
tak abis lagi atau aku yang tak start study lg??sedikit konpius di situ...

kadang2 orang ingat study last minute ni cool..tapi itu tak cool ok..tak cool!
menggelabah ade la.

papepon..gudluck untok diri aku dan semua orang..

p/s: kismis minda yang bapak aku bekalkan masih banyak lagi.sila menjamu selera~

Friday, April 2, 2010

lagi kisah kasut

orang crocs yang datang hari tu datang lagi hari ni...

aku masih tidak putus harapan..

masih mencari jodoh crocs yang sesuai untok kaki aku yang special ni..


masih mengguna taktik yang same>>menggeledah size yang paling besar!

tapi kali ni aku bertemu dengan size 10..betapa kembangnya idong aku time jumpe size 10 tu!!!

cam biase..mesti lah cube dulu kasut tu kat kaki.tak kan cuba kat tangan pulak tak?
tapi aku penah dengar petua kalau nak ukur panjang telapak kaki kite,letak kasut tu kat area pergelangan tangan sampai ke siku.

aku pon cuba gak la petua tu..amik syarat!

waahh...ngam2 kat tangan aku.terbayek!!

aku pon dengan rakus sarung selipar crocs tersebut kat kaki..

nyum2..nyaman nye pakai crocs tiruan ni..


sedang aku menikmati kedamaian itu tetiba member aku sound...

"wey,kaki ko still terjojol.tengok tu!"


ceit..hangin aku cenggini.size 10 pon terkuar lagi jari ni.

dengan gaya tak puas ati aku pon terus pergi kat brother penjual tu..

"bang,size 12 tak de ke??"suara habis simpati aku buat..

"tak de la..syarikat kitorang belum buat lagi size tu"

cis...sinis tol kata-kata bro tu..aku terus campak kasut tu dan balik..

ele..ingat aku nak sangat la tu beli kasut die..bboooo~