Wednesday, June 30, 2010

resepi rahsia

mari dekat...mari dekat...(gaya ala2 sheila rusly dalam iklan mayonis+telur dadar)

hari ni aku nak ajar cara2 buat cekodok.nampak cam simple tapi cuba kau buat sendiri.kalau tak rasa macam batu kerikil,mesti rasa cam batu nisan.

Mode: lapar.walaupon cekodok.ade aku kesah???

untuk menyatakan yang aku bukan gadis gedik yang tak reti masuk dapur,so aku buat la entry ni.

mari masak cik jah oi.kalo dah lapar nak harap sape lagi masak?abang aku?hareemmm...

mule2 kena lah ada minyak kak jah oi.kalo tak ko nak masak guna hape?minyak muka??


ok la aku pon malas nak cerita pasal bahan2 yang aku masukkan dalam adunan cekodok tersebut...nama pon resepi rahsia gitu..hihihi..kite terus kepada menggoreng.pastikan darjah kepanasan kuali ialah 99 darjah celcius ye.kalau kuali kau 98 darjah celcius,takut cekodok ni bantat pulak.ape??ooiii...aku bukan mencarut la woi!




wokeh...setelah masak kite nak buat apa?(sambil acu-acu senduk ke arah kak jah)...

err...

lambat la kak jah ni.patut la cekodok pon tak reti nak masak.tos la dulu sebelum ngap.


haa..dah siap tos takkan la nak terus bedal iye dak?hias2 la sikit buat penyeri...

ok...untuk hiasan cekodok kali ni,aku mengetengahkan konsep laut moden ala romantis.tak susah cuba perlukan gulai fish ball dan tidak lupa dengan penggayaan pinggan free dapat time beli sabun Daia semalam.

alhamdulillah..siap juga hasil kita pada kali ini.ape?nak resepi...

maap la.ni resepi pusaka.berdosa aku kalau kasi kat orang tak tentu hala..hihihi.marah?why so serius??lempang kang...hihihi...

selamat mencuba..daaaaa~

Monday, June 28, 2010

kisah benar

semalam tengah aku tunggu giliran nak cucuk duit dari dinding kat kl central (nama bank terpaksa dirahsiakan), ada sorang pakcik india dalam lingkungan lewat 30-an yang tengah beratur kat dinding sebelah mai tegur aku....


"are you Malaysian??"


lantas aku pon jawab;

"err...yup"

agak2nya mesti dia ingat aku minah turki yang datang melancong kat Malaysia kan??kan...

Friday, June 25, 2010

aku wanita suci



cukup dengan baca tajuk entri cenggini,pasti mak2 mertua sejuk hati dengar.ape?nak jadikan aku menantu?boleh...sila ambik nombor kat kaunter.ko bukan menteri.

ok...itu intro yang sampah.

aku baru habis praktikal kat INDAH OPTOMETRIST...


haa...apsal pulak aku nak highlight INDAH OPTOMETRIST tu?banyak sebab ye...

kedai tu ade sorang bos yang bernama en.shamsurizal abdul halim.staff die ade sorang gak, yang aku panggil abang Izar a.k.a si bulat.ok panggilan manja tu bos je yang panggil,aku tak sampai hati pulak nak panggil cenggitu sebab kalau 40 kali aku panggil die bulat,nanti makin bulat la pulak.tak boleh pulak nak beza antara abang izar dengan bola jabbulani.tak ke aniaya namenye tu?

tadi masa aku jaga kedai sorang2 dalam pukul 2.30 pm cenggitu, tetiba ade sorang kakak kedai bunga datang bawak bunga dan beruang palsu.yang spesialnye benda2 tersebut untuk aku...alamak ai.touching la plak.mau 80 hinggit kalo bunga hidup cenggini.



aku tengok kad, abang izar yang kasi.ok aku terima pemberian itu.tapi yang peliknya,pagi tadi abang tu dah kasi aku hadiah buku la tahzan.rajin pulak kasi aku banyak2 hadiah ni.

then,bos pon masuk kedai.aku pon cerita la kat bos pasal hadiah tu.bos cakap:

"banyak pulak duit mamat tu"

haha...aku berdiam diri.bos tengah panas dengan abang tu sebab asik curik tulang je keje time keje.then tak lama lepas tu,abang izar tu pon masuk..jadi selaku gadis sopan, aku pon ucapkan terima kasih kat die.then tetibe die buat muka pelik dan blah.aku terpinga-pinga.

rupa-rupanye member abang izar yang aku cek mata die semalam yang kasi hadiah tu.ok...aku tak penah pon bersembang dengan die,cuma bercakap time cek mata tu je la.betul,aku tak penah gedik dengan die.

perasaan aku?aku hati kering.

yang penting bos baik gile.tadi die belanja piza+chicken wing.hari tu belanja nasi kukus,rojak,cendol dan sebagainya.tak gemok kau kalo hari2 camni?nasib baik die dah kawin..kikiki...

ok la..penat nak membebel.malam ni portugal lawan brazil?ape?nak bet?pergi gali kubur sendiri kalo nak main judi

Friday, June 18, 2010

pakcik oh pakcik

last week time aku praktikal kat hospital serdang,pagi-pagi aku dah keluar rumah buat muka masam.ye la..kulit i alergik ok mandi pagi2 buta sejuk camtu.nasib baik rumah i ade heater.ahh...gedik ar minah

bangun pagi2 ni memang perut akan menyanyi lagu dondang sayang minta diisi.sampai kat kedai kuih aku pon beli kuih.takkan beli basikal pulak kan.

aku: pakcik..kuih ni kira macam mana?

pakcik: kira camne?1.....2......3... (sambil tersengih2 cam susu basi)

ecece..lawak la tu.tapi mintak maap la aku tak reti paksa diri ketawa.aku buat muka blur sambil ambil 3 bijik kuih dan berlalu ke kaunter.

dah beli siap aku pon cepat2 masuk dalam kereta,takut kena culik.dari jelingan mata aku dari dalam kereta,aku nampak pakcik tadi sedang ketap bibir macam nak nangis sebab lawak dia tak menjadi.sory pakcik,saya tak berniat nak menderhaka~

Tuesday, June 15, 2010

jersey


tibe2 aku rasa jersey portugal kali ni sangat smart.tambah2 lagi bila disarungkan pada abang2 gagah.tapi mintak maap la, cantik cam bulan pon tapi kalau setakat seri baik tak payah ye dak??kikiki....

world cup kali ni cam hambar lagi selumbar je aku nengok.lambat betol spain nak beraksi.malam sok pakat pakai baju kaler merah woi..la roja espana!

Saturday, June 12, 2010

follow my team:SPAIN





tak yah cakap banyak.FIFA kali ni spain mesti pegang la.dengan formasi cenggini,messi pon buley parkinson tengok:



-recorded ten wins from ten South Africa 2010 qualifiers
-Spain have taken part in the finals of 12 FIFA World Cups and have not missed a single edition
-Best World Cup Finish: Quarter-finals, 1986, 1994 & 2002


walaupon spain tak pernah jadi juara world cup tapi tu tak bermakna spain tak hebat uoollz.aku tau kali ni mesti spain jadi juara punyalah!

go EspaƱa~

Monday, June 7, 2010

betul...mimpi itu mainan tidur

tadi aku balik praktikal pukul 12 TENGAHARI.itu rekod yang paling membanggakan setakat ini.sebelum ni paling cepat pon pukul 4.50 petang.bukan apa,disebabkan puan Ramuza(ketua department) cuti,aku pon menghormati beliau dengan cara keluar awal.bagus bukan?hehe..
tolong jangan ikuti akhlak tak bertamadun ini

but thats not the point ok..

ni aku nak cerita pasal mimpi ibundaku.

tadi mak aku tido.pukul 3 baru beliau bangun.bangun2 terus mintak nasi.so abang aku pon dengan gagah g la amik nasi kat dapur untuk santapan ibunda.

but thats not the point yet...ok

ni baru nak start cite...


lepas mak aku melayan perasaan sambil makan nasi beliau pon start cerita..

nak cite satu2 ponek plak eden nak taip kan.so aku buat summary je la ye...

mak aku bercerita:

"mula2 beliau tengah landing kat tepi pantai.time tu ala2 senja romantik gitu.tengah syok2 layan jiwa romantik,tiba2 ade background muzik.ada 3 orang yang tengah main muzik tu sambil ketiga2nya pakai kot putih ala2 smart.biase la mimpi memang over sikit uoollz..ok itu aku tak kisah lagi.tak lama kemudian tiba2 datang zahid AF dan rakan2nya lantas duduk kat meja sebelah port mak aku duduk.ok part tu pon sikit pon aku tak kisah lagi sebab apalah nak dibandingkan muka zahid dengan shahir yang hensem-tahap-gaban tu kan.yang aku kisah bila mak aku cakap zahid datang dengan imej kak senduk.maksud aku dia pakai subang bling2 dengan eye shadow.mak aku kata macam keling pondan.mak aku yang cakap ok..then dalam mimpi tu mak aku makan nasi putih dengan ikan masin.zahid pon order benda yang sama.watta?sambil makan2 tu mereka berdua(mak aku+zahid) saling jeling menjeling menandakan diri masing2 sedia untuk dingorat."

ok mulai saat itu aku percaya bahawa mimpi itu mainan tidur.

mimpi juga boleh mnjadi realiti.jadi aku pon terbayang wajah zahid tu cenggini;


p/s:mimpi boleh menjana minda untuk menjadi lebih kreatif.tak payah minum enfagrow.see,daya imaginasi aku semakin menebal.

Saturday, June 5, 2010

MAVI MARMARA

mode pemberita:

baru-baru ini kita digemparkan dengan isu kekejaman zionis Israel terhadap pasukan sukarelawan dari seluruh dunia yang ingin meghulurkan bantuan terhadap penduduk Palestin.Mereka,dengan menaiki kapal Mavi Marmara telah ke sana dengan misi keamanan.

haha...amacam?dah boley jadi pembaca berita astro ESPN ni.

oii...serius ok!

kat sini aku ade lampirkan sedikit tentang peristiwa tersebut.KLIK SINI (31 mei 2010)
nanti anak cucu boleh la baca lagi tentang peristiwa ni kat blog ni.

demmit Israel!