Saturday, July 24, 2010

dugaan terhebat

ok post sebelum ni boleh dikira sampah sebab duit jpa i yang bernilai rm4250 semuanya dah lesap.aku ulang... ringgit malaysia empat ribu dua ratus lima puluh ringgit sahaja.SAHAJA???gila meroyan aku dengar.muflis!

kisah bermula bila aku dan kawan2 pergi bershopping sakan kat jalan masjid India.dalam pukul 3 aku dan rakan2 yang solehah pergi menunaikan solat zuhur kat dalam masjid India.dalam hati menyimpan hasrat nak sambung shopping kat Jakel.beli kain baju pengantin perempuan,percuma baju pengantin lelaki.

ok kisah bermula bila aku nak pakai tudung setelah usai sembahyang. kawan2 aku tengah sembahyang tika itu.so aku la yang jaga beg time tu.tapi nak pakai tudung memerlukan cermin.so,aku pon tinggalkan kejap limpahan barang2 shopping dengan beg sandang aku kat situ.kat dalam masjid India tak de keling. so aku pon percaya umat Islam semua hatinya suci.dalam surau ok.so aku pon jalan lima langkah dari tempat beg tu ke cermin.lima langkah je ye. kalo aku buat lompat kijang,dah boleh sampai ke tempat cermin tersebut.

dah habis aku pakai tudung depan cermin,rakan2 aku pon baru je habis sembahyang.kiranya aku dan rakan2 sampai di tempat beg at the same time.tak sampai dua minit kot aku pakai tudung.sampai kat tempat beg tu aku tengok beg aku dah takde.tanye makcik2 kat sebelah pon dorang no komen.shitty!

dah buat2 banci kat penduduk dalam masjid tu,then kami berempat pon pergi ke balai polis berhampiran.kira2 pukul 3.30 PM.dah nangis2 kat depan polis sambil buat report,aku pon tepon bank islam suruh blok kad bank aku.masa tu pukul 3.35PM.

then dah cakap dengan orang bank islam,aku pon tanya die barapa baki aku dalam bank sekarang.

"cik,akaun cik sekarang ada RM12.20.transaksi terakhir pada pukul 3.30 PM di bank area central market"

mak aih..berpinar pale otak sebentar.

cepat betul pencuri tu bertindak.kira time aku sampai balai,dia pon dah tercongok kat depan ATM kat central market.

apa yang aku boleh buat??bersabar je lah kak jah oi.

mugkin ALLAH nak ingatkan aku supaya bersedekah.dah lama tak bersedekah la ni.

memang tak berkat la kau pencurik oi ambik duit aku.ni duit photostat buku pon aku dah tak mampu nak bayar ni.demmit!

aku doakan ko panas bontot sebab banyak bisul kat pungkoq hang.sekian!

No comments:

Post a Comment