Thursday, April 29, 2010

apa itu exam

sebagai menghormati hari2 exam yang baru sahaja berlalu..aku buat entry ni khas untuk exam.

disini aku kepilkan beberapa keping gambar yang menggambarkan aku tidak bersenang lenang semasa exam week tersebut..

mari kita renungkan maksud tersirat di sebalik imej diatas bermula dari sebelah kanan(amik berkat):

1. yang warna hijau tu plastik gula2 kunyah perisa buah-buahan yang aku beli kat is mart hari tu.

2. depan tu yang kaler biru tu adalah bungkusan oreo.peneman setia ketika study
kalau aku dapat kencing manis memang aku takkan salahkan ibu yang mengandung.

3. see..banyak tak nota ringkas aku. tapi bila dah kumpul2 balik,nisbah nota ringkas tersebut sama banyak dengan nota yang lecturer kasi. so istilah nota kaki boleh digantikan dengan istilah nota penyepak.

4. yang kaler pink tu adalah mp3 sony aku.semestinya time2 exam cenggini radio yang dilayan hanyalah ikim dan lagu2 Maher Zain.bukan ape, senang sikit nak absorb ilmu sambil dengar ayat2 quran ni.abang2 rock kapak ditolak tepi buat sementara waktu.


5. pen merah digunakan untuk membuat nota.merah dipilih sebagai tema sebagai lambang ianya penting untuk dibaca. ok, semua pon kaler merah. terasa seperti gong xi fa cai.


6. laptop acer aku ni dah 2 tahun 8 bulan die hidup.fb tu sebagai hiasan.aku dah niat tak nak bergiat aktif di fb sepanjang exam.haha..

imej yang ni pulak dari pandangan sisi:

7. kaedah letak bantal kat kerusi memang mujarab ketika study.kadang2 mujarab die sampai tetido sambil pegang nota. efek bantal juga tak banyak beza dengan jamu mak dara. boley hilangkan lenguh2 pada tulang belakang.


8. yang hujung belah kiri tu bukan sebarang air.air yasin woo...tenang sikit aku nak study.perhatian,air yasin adalah air yang dibacakan dengan surah yasin...bukan mohd yasin punya.


9. paling bawah belah kanan tu adalah air musofa dengan kismis minda

TG stands for tok guru. bapak aku memang peminat fanatik tok guru.tinggal nak jadi duta je lepas ni.setiap pagi aku makan 21 biji.kenapa?kerana nabi muhammad pernah bersabda mengatakan "barangsiapa yang makan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa sebarang penyakit kecuali mati"

see...belog juga sebagai medium dakwah.ohh...aku bukan duta tok guru ye. air musoffa tu pon bapak aku yang kirimkan..

No comments:

Post a Comment